RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

MODUL                         : BERTEMA
TAJUK                          : PENANDA BUKU ULAR
TUNJANG UTAMA       : PERKEMBANGAN FIZIKAL, ESTETIKA & 
                                        PENJAGAAN KESIHATAN
MASA                            : 30 MINIT

FOKUS :
PFK1.0 Perkembangan motor halus

STANDARD KANDUNGAN :
PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor halus

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA :
PFK 1.1.8 Menggunting dengan cara yang betul
PFK 1.1.15 Menggunting menghasilkan satu bentuk

STANDARD PEMBELAJARAN LAIN YANG DISEPADUKAN :
KTI 1.2.3 Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
BM 1.1.7 Mendengar arahan dan memberi respon

OBJEKTIF :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

a) Menggunakan gunting dengan betul untuk menghasilkan penanda buku yang kreatif

KEMAHIRAN UTAMA :
Menggunting dan melekatkan dengan cara yang betul

KOSA KATA :
Gunting, lekat, tekap

ALATAN DAN BAHAN : 
Gunting, gam, kadbod, pisau pemotong, warna poster, berus warna, kertas tekapan, kertas putih dan stapler

******************************************************

 AKTIVITI :

SET INDUKSI (4 MINIT)

~ Murid menyanyikan lagu bertemakan ular diiringi lagu pada komputer atau televisyen

********************************************************

LANGKAH 1 (3 MINIT)

~ Guru akan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat penanda buku seperti berikut :

a) Gunting
b) Gam
c) Kadbod
d) Pisau pemotong
e) Warna poster
f) kertas tekapan
g) Kertas putih
h) Stapler

*****************************************************************************

LANGKAH 2 (7 MINIT)

~ Guru akan menunjukkan cara menekap kertas iaitu bentuk badan ular, lidah ular dan mata ular di atas 2 keping kadbod

~ Guru juga menunjukkan cara untuk menggunting kadbod yang mempunyai tekapan bentuk badan ular, lidah ular dan mata ular

*********************************************************

LANGKAH 3 ( 7 MINIT)

~ Guru menunjukkan cara untuk mewarnakan kadbod mengikut warna yang betul dan kemas

~ Langkah-langkahnya : 
* Warna hijau - badan ular
* Warna merah - lidah ular
* Warna oren dan hitam - corak badan ular
* Warna hitam putih - mata ular

******************************************************************************

LANGKAH 4 (3 MINIT)

~ Guru akan melekatkan semua kepingan kadbod yang telah siap diwarnakan mengikut bahagian-bahagian badan ular yang betul.

~ Langkah-langkahnya :   
1. Kepala ular
2. Lidah ular
3. Corak badan ular

********************************************************

LANGKAH 5 ( 3 MINIT)

~ Guru melekatkan mata ular dan mencantumkan bahagian hujung badan ular menggunakan stapler atau jahitan benang (sekiranya ada jarum dan benang)

********************************************************

PENUTUP / REFLEKSI (3 MINIT)

~ Murid mempamerkan hasil kerja iaitu penanda buku yang telah siap kepada rakan-rakan mereka           
 
   

No comments:

Post a Comment